ASSALAMUALAIKUM

HARAF MAAF HOMEPAGE ini BELUM SIAP lagi.RUANGAN ini IALAH HADIS2 DENGAN MAKSUD DAN HURAIAN.

HADIS YANG PERTAMA:

Jangan Salahkan Orang

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawasanya Rasullullah saw bersabda "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang inisudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" H.R. Muslim

KETERANGAN: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin beliau memberi penjelasan seperti berikut: "Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang berkata demikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini haram". "Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya". Hadis ini sengaja aku bawakan supaya menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain. Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain. Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurniaNya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN Salinan tulisan hakim homepage

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

 EMAIL

[MULA] [KAMPONG BAKONG! ] [BIODATA] [LAMAN WEB PILIHAN KAMI] [HADIS TERPILIH] [LAMAN WEB AKHBAR] [LAGU RAYA] [NASYID]

SILALAH TULIS KOMEN ANDA

[TULIS KOMEN] [BACA KOMEN]

ANDA PELAWAT YANG KE: WASALAM. TERIMAKASIH